Terkenang...
CAK KEK KOK KAKI AYAM
GAB ni anak zaman komputer belum wujud. Masa duduk kat kampung hanyalah sampai darjah 6. Lepas dari tu tak pernah le GAB merasa hidup kat kampung.
Bila dah dewasa ni, sesekali teringat masa kecik dulu, main macam2 permainan tradisi. Hubungan di antara kawan2 amat rapat, atau mungkin juga permainan yang budak2 masa tu main membuatkan hubungan lebih akrab. Dalam banyak2 permainan tu ada satu yang membuatkan GAB tersenyum sendiri.... Cak Kek Kok Kaki Ayam!
Permainan Cak Kek Kok Kaki Ayam ialah sejenis permainan yang menguji daya kekuatan kaki seseorang pemain. Ia dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 6 tahun ke atas. Jumlah pemain yang diperlukan ialah antara 4 hingga 9 orang. Permainan ini dimainkan di tanah lapang dan rata serta mudah dipermainkan kerana ia tidak memerlukan sebarang peralatan.
Para pemain akan membuat undian bagi menentukan giliran permainan masing-masing dan sebagai permulaannya hanya tiga (3) orang pemain akan bermain dahulu. Mereka dikehendaki menyilang sebelah kaki masing-masing dan menindihkannya dari belakang.
Sesudah itu ketiga-tiga orang pemain itu akan berdecak berkeliling dengan silang kaki yang terlekat itu. Pemain yang jatuh semasa decakan itu dianggap kalah dan digantikan oleh pemain lain.
Pemain yang tindihan kakinya tidak pernah jatuh ketika bermain akan dianggap sebagai pemenang. Permainan ini boleh diteruskan untuk beberapa pusingan sehingga semua pemain bersetuju memberhentikannya.
1. Hanya tiga orang pemain dibenarkan bermain dalam satu pusingan.
2. Pemain dilarang menolak mana-mana pemain lain yang berada dalam decakannya.
3. Pemain yang jatuh ketika bermain (kakinya terlepas dari decakan pemain lain) haruslah diganti dengan pemain yang lain.
Any of you read this... please share the game that you enjoyed most when you were kids. GAB ada banyak lagi game yang susah nak jumpa bebudak sekarang main.
GAB

4 comments:
saya suka main galah panjang...[[maybe sbb im hero in this game jejejej ]
biasanyaer dimainkan 6-7 orag dlm satu kump. so ade dua kumpulan bermakna ada 14 org keseluruhan, dimainkan di gelanggang badminton or sepak takraw, dlm gelanggang tu ade 3 peringkat yang kena lepas dimana setiap peringkat akan dikawal 2 org pemain pihak lawan, jika pihak lawan A dpt sentuh pihak lawan B, dikira mati hingga ke pemain terakhir, jika pihak lawan B dapat lepasi ketiga2 halangan dan berjaya patah balik dengan selamat pihak lawan B akan dikira pemenang dan mendapat point. begitulah seterusnya hingga pihak point yg rendah mengaku kalah hehehe. dan seorg pemain dari pihak lawan A sebagai ketua boleh bergerak dimana2 sahaja mengikut garisan yang terdpt dlm gelanggang.
hehehehe korang faham ker apa aku explain nie... jejejeje
tp seronok oooOOoo main nie... cam ala2 kabadi gak la... tp tak ler seganas kabadi tu...hehehe
salamm gab...
eleh tun hero kunun...aku suka teng-teng..whehehe..dulu masa bebudak ringan lagi..leh ler lelompat..tapi pemain tu tak leh ramai sangt lah 3-6 org oklah tu..tapi lukis dulu petak2 dia..pasti baru leh main,tak leh pijak garisan, buah tu masa baling tak leh kena garisan lagiii..lupalah..actually bnyak jugak permainan tradisional yg lain macam konda-kondi,tapi main guli tuu kira tradisional tak..ermm kalau ingat zaman kekanak mmg best kan walaupun masa tuu jet membesar di negeri orng tapi still dapat rasa main benda nie semua..
tapi tun main galah panjang tetap orang ingat main kabadi kan...wakakakakakak..jgn mare geng..
ye.. saya pun dulu suka main galah panjang, teng-teng, guli...dan macam2 lagi ikut musim....
I'm impressed with your site, very nice graphics!
»
Post a Comment